Thursday 16 July 2020

Pertama dalam Tahun Dua Ribu 20

Assalammualaikum wbt

                                                                                                      credit to google I nst.com.my

Berkata mengenai tahun ini. Tahun yang penuh kejutan dan pasti menjadi ingatan dan terpahat di dalam memori semua orang.

Tahun 2020 bukan seperti apa yang digambarkan 20 atau 30 tahun dahulu. Kalau dahulu, di sekolah dah terhasil bermacam-macam lukisan dan pelbagai variasi cerita bagaimana keadaannya tahun 2020. Kebanyakan apa yang dibayangkan hanyalah berkisar tentang permodenan bandaraya Kuala Lumpur dan Malaysia umumnya.

Kereta Terbang, Keretapi laju, Bangunan Tinggi dan pastinya robot-robot memenuhi jalan raya.

Namun apa yang berlaku hari ini, tiada seorang pun pernah menjangka dan pernah terlintas di fikiran. Tahun 2020 adalah tahun dimana pertam kalinya rakyat Malaysia terkurung di dalam rumah/ terbatas pergerakan berbulan lamanya dek kerana penyebaran virus yang mudah menjangkiti sehingga membunuh. Its Covid-19 guys. From Wuhan to Malaysia.

Kalaulah masih disimpan lukisan-lukisan atau catatan 20-30 tahun dahulu yang mana ada seseorang yang pernah membayangkan tahun 2020 berlakunya semua ini, mesti orang tu dah terkenal sekarang.

Apapun yang berlaku harini, percayalah. Sebagai manusia, kita kena bersyukur. Kita terlepas dari wabak penyakit yang bahaya ini, keluarga kita berjaya dilindungi dari terlantar di hospital tanpa ditemani sesiapa dan yang paling patut dibuat adalah sentiasa ucapkan kalimah syukur. Antara banyak-banyak negara di dunia, Malaysia antara negara yang berjaya melawan Wabak Corona virus ini dengan menyeluruh.

Bagi mereka-mereka yang tidak kenal erti syukur, jangan lah kita risaukan.Selain berita yang boleh dibaca, terhidang juga di media-media lain bagaimana keadaan negara luar yang jauh lebih teruk nasibnya dari negara kita. Mungkin dari situ baru kita mengenali apa itu SYUKUR.


Salam.


Mohd Fazrul Bin Noor Arzahan

Tuesday 6 October 2015

Kasih ayah sepanjang jalan.

 
Assalam. Hi Blogger
 
Alangkah bertuahnya bagi setiap lelaki yang punya peluang bergelar seorang ayah, apak, papa atau apa juga nama yang diberikan bagi golongan yang sejawatan dengannya.
 
Bagi aku sebenarnya tanggungjawab untuk menjaga dan membesarkan seorang budak atau kanak-kanak tu semua orang boleh rasa atau boleh buat. Tapi apa yang dapat aku kongsikan dengan mereka yang belum begelar bapa adalah naluri kebapaan tu. Mcmana nak kata yer. Aku rasa perasaan dan naluri tu lebih kepada rasa belas kasihan, kasih sayang dan sifat kami sebagai pelindung.
 
Bagi yang sukakan kanak-kanak, sekalipun, aku tak fikir benda yang sama dia akan buat untuk anak kandungnya sendiri. susah aku nak gambarkan mcmana rasanya hubungan seorang bapa dengan anaknya. Tp moment dengan anak tu yang paling tak boleh dijual beli atau diganti.
 
Macam aku, aku suka waktu bila aku pandang anak aku yang tengah nyenyak tido, waktu dia merayu nak kan sesuatu ( dia akan cakap, plizz papa, plizz ), waktu aku suap dia makan dan waktu dia peluk dan cium aku( dia cakap, adam sayang papa ). Alahai. Teringat sekarang ni pon aku dah rindu kat dia.
 
Tapi aku sedar, kasih sayang aku kat dia sekarang ni, pengorbanan aku kat dia selama ni dan jerit perih aku besarkan dia dari kecil sampai dia besar kelak ,aku tak kan harapkan apa-apa balasan. Cukup lah aku tau yang aku perlu beri dia pendidikan dan ilmu yang secukupnya untuk dia berdikari nanti.
 
Aku kena pastikan, apabila dia besar nanti, aku tak kan mengharapkan wang ringgit dia untuk hari tua aku. dan aku kene pastikan aku tak harapkan dia untuk menjaga aku bila mana aku sudah tidak upaya. Semoga Allah beri nikmat semua itu ikhlas dari hatinya nanti.
 
InshaAllah.
 
 
- fazrul -

Monday 5 October 2015

Mulanya oktober

Hi blogger.

Harini sunyi siket suasana dalam office. ramai yang outstation and meeting. Aku siapkan kerja-kerja yang pending. sambil-sambil update jadual kerja aku untuk bulan oktober ni. Mungkin awal bulan lagi. so belum penuh planner aku untuk bulan Oktober. Tak mcm sebelum-sebelum ni. awal bulan lagi dah penuh schedule.

Sedikit perkongsian:

Kita harus dan wajib bersyukur dengan nikmat hidup sekarang. masih boleh bekerja. cari makan. jumpa orang. hidup dengan tenang dan damai. mungkin untung nasib orang lain belum tentu sebaik kita. harus bersyukur!

Sebelum kita mengeluh dengan kesusahan dan keperitan hidup kita. sebelum kita mula menyalahkan takdir dan orang lain dengan apa yang jadi dalam hidup kita,

Lihatlah sekeliling kita. betul kan?


Salam buat sahabat semua.

- fazrul -

Thursday 1 October 2015

Kenali pemilik blog

Assalammualaikum dan Hi.
 
 
Finally,
 
Berjaya jugak aku nak mulakan coretan pada blog baru aku ni. Sebenarnya aku dah pernah menulis pada blog lama. Tapi terhenti seketika kerana kesibukan mencari sesuap nasi. Aku mmg dah lama rancang nak menulis semula. cuma hajat dan niat x kesampaian sampailah harini. Bukan aku xnak sambung menulis pada blog aku yang lama. Tapi bila aku baca balik gaya penulisan aku, rasa mcm teruk dan merapu sangat. Sebaiknya penulisan kita haruslah yang lebih bermanfaat atau yang baik untuk dikongsi dan dibaca oleh blogger lain kan. So untuk entri pertama ni aku nak kenalkan diri sebagai tuan punya aka pemilik blog bernama f.a.z.r.u.l.n.o.o.r ni.
 
@ku mmg guna nama sendiri untuk blog aku ni. korang boleh panggil aku fazrul. Area pemastautin adalah Lembah Klang. Aku anak kedua daripada lima orang adik beradik. Minat menulis blog ni datang masa aku kerja kat Mid Valley dulu. terpengaruh dengan kawan-kawan yang ada personal blog. So aku pon create acc untuk sama-sama share minat menulis yang sama. Sampai satu ketika, aku dah xde masa langsung untuk menulis bila aku pindah tempat kerja baru ni. Berakhir terus bila cubaan beberapa kali curi masa menulis gagal dan terus gagal.
 
Kesempatan ni inshaAllah aku akan gunakan sebaik mungkin untuk manfaatkan blog ni untuk menulis dengan sebaik-baiknya dan boleh bagi korang layan jika bermanfaat dan isi masa lapang korang yang berlebih tu.
 
salam perkenalan.
 
- fazrul -