Thursday 16 July 2020

Pertama dalam Tahun Dua Ribu 20

Assalammualaikum wbt

                                                                                                      credit to google I nst.com.my

Berkata mengenai tahun ini. Tahun yang penuh kejutan dan pasti menjadi ingatan dan terpahat di dalam memori semua orang.

Tahun 2020 bukan seperti apa yang digambarkan 20 atau 30 tahun dahulu. Kalau dahulu, di sekolah dah terhasil bermacam-macam lukisan dan pelbagai variasi cerita bagaimana keadaannya tahun 2020. Kebanyakan apa yang dibayangkan hanyalah berkisar tentang permodenan bandaraya Kuala Lumpur dan Malaysia umumnya.

Kereta Terbang, Keretapi laju, Bangunan Tinggi dan pastinya robot-robot memenuhi jalan raya.

Namun apa yang berlaku hari ini, tiada seorang pun pernah menjangka dan pernah terlintas di fikiran. Tahun 2020 adalah tahun dimana pertam kalinya rakyat Malaysia terkurung di dalam rumah/ terbatas pergerakan berbulan lamanya dek kerana penyebaran virus yang mudah menjangkiti sehingga membunuh. Its Covid-19 guys. From Wuhan to Malaysia.

Kalaulah masih disimpan lukisan-lukisan atau catatan 20-30 tahun dahulu yang mana ada seseorang yang pernah membayangkan tahun 2020 berlakunya semua ini, mesti orang tu dah terkenal sekarang.

Apapun yang berlaku harini, percayalah. Sebagai manusia, kita kena bersyukur. Kita terlepas dari wabak penyakit yang bahaya ini, keluarga kita berjaya dilindungi dari terlantar di hospital tanpa ditemani sesiapa dan yang paling patut dibuat adalah sentiasa ucapkan kalimah syukur. Antara banyak-banyak negara di dunia, Malaysia antara negara yang berjaya melawan Wabak Corona virus ini dengan menyeluruh.

Bagi mereka-mereka yang tidak kenal erti syukur, jangan lah kita risaukan.Selain berita yang boleh dibaca, terhidang juga di media-media lain bagaimana keadaan negara luar yang jauh lebih teruk nasibnya dari negara kita. Mungkin dari situ baru kita mengenali apa itu SYUKUR.


Salam.


Mohd Fazrul Bin Noor Arzahan

No comments:

Post a Comment